Rabu, 4 Oktober 2017

PAHALA MUDAH SIAPA TAK NAK

Baru balik kerja? Sibuk kan nak cari duit untuk bayar rumah, kereta dan macam-macam lagi? Ye la, saham dunia kena cari, bukan jatuh dari langit! Tapi, saham akhirat macam mana pulak? Dengan solat, sedekah, zakat, puasa semua tu korang yakin cukup ke pahala nak di bawa ke akhirat nanti?
Haa, kali ni admin nak share perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk dapat pahala ‘extra’ di akhirat kelak. Senang je untuk korang semua amalkan!

1. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat

Jika kita menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain, ilmu itu berguna kepada mereka dan jika mereka mengamalkan ilmu tu, kita akan dapat pahala sehingga kita mati.
Senang je tau nak collect pahala ni sebenarnya. Yang penting kena ikhlas dengan semua perkara yang dilakukan termasuklah menuntut dan tidak lokek memberi ilmu kepada orang lain. Saling tolong-menolong itu kan bagus!

2. Anak soleh dan solehah

Bila kita ada anak yang soleh dan solehah, insya-Allah anak-anak kita akan sentiasa mendoakan kita dan menjaga silaturahim dengan keluarga. Perkara ini juga adalah salah satu kunci untuk mendapatkan pahala dan saham extra untuk di bawa ke akhirat kelak tau. Jadi, didiklah anak kita sebaik mungkin, insya-Allah pahala kita akan melimpah ruah nanti!

3. Bersedekah – tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Antara sedekah yang korang boleh mula buat hari ini adalah sedekah senyuman, menyelesaikan masalah orang lain, membuang atau mengalihkan sesuatu yang telah menghalang laluan dan sebagainya. Sebab sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.
Oh ya, sedekah jariah pula dapat memberi pahala berterusan walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia, contohnya amalan BERWAKAF.

Bila cakap tentang Wakaf, agak-agaknya apa yang korang faham? Part ni panjang sikit sebab ada yang tak tahu!

Apa itu Wakaf?

Untuk memudahkan kefahaman orang awam, wakaf adalah satu bentuk sumbangan tunai atau harta tidak
kira harta tetap (contoh: tanah) atau harta alih (contoh: wang tunai, kereta) yang disumbangkan bagi tujuan
atau manfaat umum seperti untuk membina sekolah, madrasah, aktiviti pembangunan ekonomi, pembinaan
hospital atau klinik kesihatan dan lain-lain.

Apa yang boleh diwakafkan? Tanah je ke?

Ini antara persoalan yang sering ditanya. Ramai yang masih belum faham bahawa konteks berwakaf ini sangat luas dan pelbagai. Hakikatnya, pelbagai bentuk harta boleh anda wakafkan seperti:
Wang tunai atau barang kemas
Tanah, kebun atau ladang
Rumah atau bangunan
Kitab (Al-Quran atau buku-buku yang bermanfaat)
Kereta dan macam-macam lagi!

Jangan beralasan lagi ya, tak ada tanah tak semestinya tak boleh berwakaf tau!

Korang jangan risau, sekarang kaedah wakaf ni makin mudah dan simple untuk semua termasuk mereka yang busy 24 jam! Dengan teknologi canggih, korang boleh pilih untuk menggunakan cara yang mana.
Korang boleh berwakaf melalui potongan gaji, FPX, Kad Kredit atau berkunjung ke mana-mana kaunter wakaf di Majlis Agama Islam negeri-negeri atau Kaunter Yayasan Waqaf Malaysia. Nak lebih senang? Marilah kita berwakaf secara online!

NAK TAHU LEBIH LANJUT (http://lansepang.sharethisstory.net/my-1233130-11422?utm_source=twitter&utm_medium=web&utm_campaign=share)

Selasa, 15 Disember 2015

PERSOALAN : ADAKAH VAPE MERBAHAYA ???

VAPE huhu first time aku dengar vape nie aku rasa macam benda yang tak berbaloi dan mahallll( MAHAL )
Dulu aku perokok tegar .. dalam 2 hari je rokok suria dan malboro habis aku hisap .... 
tapi bila aku dah kenal dengan gst dekat malaysia nie keatas rokok n kesan rokok yang makin menjadi jadi ,, akupun bertukar angin ke vape...

setelah aku kaji kesan diri terhadap vape aku rasa makin banyak kelebihan dari kekurangan ...

Kelebihan vape dari rokok 

Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotinmenjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan e-cig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan ‘rokok’, ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak arif mengenainya. Panggilan ‘vapor’ yang bermaksud ‘wap’ adalah lebih ringan diterima masyarakat.

Sejarah
Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan kemudian senyap pada tahun 1967. Rokok elektronik yang pertama digunakan pada masa kini berasal daripada ciptaan ahli farmasi dari negara China, Hon Lik pada tahun 2003, yang mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair propylene glycol. Wap ini sebagai agen pembawa nikotin yang disedut ke dalam paru-paru dan kemudiannya masuk ke dalam aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok tanpa perlu menyedut asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya lain.

Selasa, 11 Ogos 2015

cara melajukan internet 2 kali gandaaaa :) takyah download takyah nak copypaste takyah nak survey2 bagaiiii

ok.... hari nie malam harii...hujan pulak tuu...huhu...haaaa
ade satu topik yang aku nak ceritakan dekat korang sume cara aku melajukan internet aku 2 kali ganda dari yang biasa ....

yang pertama tamanya korang pergi kat start pastu cari "run" tak pun bagi yang menggunakan mocrosoft yang lama lama tuuu korang taip je kat start search...bagi laptop baru lak korang tekan search pastu cari assesori pastu cari run 

dekat run tu korang tekan cmd

ni untuk laptop baru baru


ni pulak untuk laptop yang lama lama

yang kedunya korang tekan ape yang kurang dari dalam cmd aku ni 

bende yang kene taip jangan copy paste kerana takut takut akan kuar benda yang bakal merosakkan format system korang...hehe gurau
korang kene taip cd/
pastu netsh int tcp show global
pastu akan keluar common line global internet macam nie

haaaaaa....lepas tu korang boleh la tukar korang punye subject
hehe
cara nak tukar subjek nye adalah ...hehe...korang taip macam yang aku taip
korang tengok pic kat atas .....korang tekan la macam ape yang aku tekan,,,,,
pastikan semua yang kat atas tu sama macam yang aku tulis...........

lepas dah tulis semua tu korang taip netsh int tcp show global
korang ade nampak info atau table yang keluar.....haaaa ....info nie la yang korang kene check.....adakag sama dengan aku...pastikan sama....

kalo dah sama korang jangan pangkah pulak cmd nie ....korang terus je tekan button start pastu cari restart atau reboot

kalo dah reboot pastu keluar cmd background putih dan tulis succesful korang dah berjaya....

korang boleh aaa check internet korang tengok download...pastu check status ...pastu tengok youtube haha kompem tak sangkut dengan buffering haha...aku dah cuba dan aku berjaya...korang yang teragak agak nak cuba tu biar ade orang yang tengok anda buat supaya tiada kesilapan

ok...kat sini je kata kata dari aku....

ehhhhh...lupa pulak.....aku nak cakap kalo cmd tu tak jadi....korang cuba bukak cmd tu sebagai"open as administer" korang boleh la cuba....ehhhhh...lagi satu kalo salah taip die tak akan merosakkan system korang jangan risau...kalo korang salah taip die akan keluar not found jeee....baca slow slow...buat berhati hati....biar lambat asal succes....haha

#hanya kata kata dari aku
#lan 'sepang'

Selasa, 28 Julai 2015

Ikan laga belaan aku

Aku ade seekor ikan laga yang menjadi kegilaan ramai akibat kecantikannya...aku tertarik pada seekor ikan laga betina nie...sebab aku tengok dia sudah bunting....haha...seronok bele ikan laga nie...aku bele ikan aku dalam akuarium kecil berinci sederhana sahaja...aku letak pokok teratai untuk pernafasan air yang sempurna...makanan nya pula aku bagi makan palet yang aku beli di kedai ikan..cukup sempurna ikan aku ini...huhu...tak sabar rasanya aku nk tengok ikan aku bertelur ...haaaaaa....ade la dalam sebulan aku tunggu...
Sekarang ikan aku mula aku tinggal kan kerana sibuk dengan kerjaya aku....

Ayat ayat cintaaaa...khas untuk kekasih anda

ayat ayat cintan ini saya ungkai dari sesetengah laman dan sesetengah darinya saya ambil dari pengalaman saya sebagai seorang pencinta dan saling menyintai

1. Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu meneduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu
Kerana ku hanya milikmu

2. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

3.U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !

4. Dari mana datangnya cinta !!
dari SMS turun ke hati !..

5. awk! chak! Ok bye2! Sy nak tgok senyuman awk je J

6. Luahan Cinta Ibarat Kentut!..
ditahan sakit!.
dilepas malu!.
dah keluar..fuhhh! Lega!!!

7.Jika kau hidup sehingga 100 tahun!.
aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau!

8.Di bawah ini senarai yg sy tak suka ttg awak!
1!..
2!!..
3!..
4!!!…
Apa nak buat?? sy suka semuanya ttg awk!

9.Tekan ke bawah jika kau merinduiku!.
Tekan lagi kalau masih rindu!..
Lagi!.
Lagi!!.
Masih tekan lagi???
Nampak sangat rindu!..
sy pon rindu awk jgk syg..:)

10.Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

11.Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
12.Apakah kasih sayang perlu diucapkan?
Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu,
kerna cintaku xkan blh ditaksir dgn kata2..

13.Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

14.Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit!!bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan!.
Ini adalah cinta tanpa syarat!.
Aku begitu menyintaimu!..

15.Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

16.Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu!

17.Cintaku bukan ibarat kertas!..
Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu!..

18.Jika mencintaimu satu kesalahan!biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demi mu!!..

19.Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu.Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

20.Aku tak dapat hidup tanpamu!..
kerana kaulah nyawaku!!

21.Jika cinta itu dicukai..aku lah pembayar cukai paling tinggi!

22.Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhirku.

23.Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

24.Apa perasaan u pada I?
BENCI? – Abaikan saja sms ni.
KAWAN? – Balas balik sms ni.
RINDU? – Sekali missed call.
SAYANG? – 3 X missed call.
CINTA? – Terus call I la…..

25. Sy blh terima
kopi
takde
susu…
Malam
tanpa
lampu..
Roti
tanpa
madu..
Burger
takde
keju..
Tapi..sy tak leh
terima kalau..
SUNYI
takde SMS dr
U..

26. KaLau BaCa Awk
SuKa SaYa
KaLau PaDam Awk
RINDU SaYA
KaLau balas AwK
CINTA SaYa
KLau X BuAt ApE2
AwK mILiK SaYa
So aPe aWk Nak
BuaT SkraNG??…

27. Klu sy jD
AiRmAtA.sY iNgiN
LaHiR dr mAtA
AwkHiduP d PiPi

28.Awk & mAti d
BiBiR Awk.tApi
Klu Awk jD
AirmAtA sY. sY X
Kan mEnAnGiS
sBb sY X nK
keHiLaNgAn
awk.

29. Sahabat umpama
KOMPUTER.
awk ENTER dlm
hidup saya, saya
SAVE awk dihati,
awk FORMAT
segala masalah
saya & krn itulah
tak mungkin
saya DELETE
awk dr MEMORY
saya….

30. kadAng2 mAta sAye jeLeS sGt ngAn Hati sAye..
nApe ek..?
nAk tAu
nApe..?
seBaB..
awAk sLalu dEkat
d Hati sAye, tP jAuh
dr mAta sAye..


hehe korang mesti dah baca kan cth2 sms yang digunakan sebagai pemanis untuk memikat hati sikuntum...skang ni saya nak berkongsi cerita/madah/puisi ke ape ke haha layan janji sempoi

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.
Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?
Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Hasil carian imej untuk cinta si kekasih

Koleksi Madah Cinta
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.




Madah-madah Cinta
HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.
JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.
APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.
CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.
CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.
SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.
ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.
ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.
CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
Madah Cinta Pilihan
Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.
Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.
Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.


Hasil carian imej untuk cinta si kekasih

Kata-Kata Cinta
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.


Misteri yang belum terungkai dunia

Tak satu pun dari mereka tidak dijelaskan lagi, berikut adalah beberapa fakta tentang masing-masing ..

The mighty Inca Empire of South America

Sekitar 500 tahun yang lalu conquistadores Sepanyol, dipimpin oleh Francisco Pizarro, telah menyerbu, membakar dan menghancurkan bandar-bandar Inca, namun kerana kedudukannya yang terpencil, Machu Picchu itu tetap belum dijumpai, sehingga tak tersentuhSecara rasmi Machu Picchu ditemui pada tahun 1911 oleh peneroka-sejarawan Amerika , Hiram Bingham.Apa yang mengagumkan ialah mereka benar-benar meratakan puncak gunung yang tinggi untuk membina sebuah bandar yang terdiri daripada beratus-ratus bangunan dengan luas ,pengeluaran pertanian, sistem pengairan dan kemudahan yang lain.

Ancient Pyramids in Giza , EgyptWalaupun jelas piramid digunakan untuk pengebumian firaun Pembinaan, tarikh, dan simbolisme piramid Giza masih belum sepenuhnya difahami.Piramid Besar Khufu di Giza adalah bangunan tunggal terbesar yang pernah dibina dengan ketinggian 479 kaki (146 m) .kini ketinggian berkurangan pada 449 kaki (13 7 m).kerana pengupasan kapur halus.Mengikut sumber yang oleh dipercayai tenaga kerja yang digunakan ialah 400,000 laki-laki berumur 20an Mereka bekerja 3 shift sebulan seramai 100,000 orang pada suatu masa.Ia diperbuat dari 2.3 juta blok batu, dengan setiap 1 beratnya dalam 2-15 tan.

The Mayan TemplePiramid Maya adalah salah satu senibina yang paling dikagumi di dunia seperti piramid dari orang - orang Mesir. Fakta paling menarik Piramid Maya adalah pembinaan piramid terbesar oleh Maya terletak di Uxmal, Yucatan,Mexico. Tempat ini digunakan sebagai tempat penyebaran pendidikan dan sesi perbincangan para intelektual seperti astronomi, matematik, cendekiawan dan imam. Piramid besar ini dikenali sebagai 'pyramid of the magician', kerana pembinaan yang mengagumkan yang selaras kemodenan dan teknologi pada waktu itu.

The Legend of El Dorado

Sekitar 1541, kurang dari setengah abad selepas penemuan Christopher Columbus di Amerika, khabar angin mulai menyebar di kalangan peneroka Eropah di Amerika Selatan bahawa di suatu tempat di pedalaman benua yang luas terletak sebuah kerajaan emas yang luar biasa dengan kekayaan ."El Dorado" (The Golden One), seorang ketua suku Indian begitu kaya bahawa dia berpakaian sendiri hanya dengan debu emas. Semua ekspedisi gagal,tidak dapat mencari seorang ketua emas dan kerajaan menakjubkan.

Easter IslandSalah satu misteri terbesar di bumi adalah patung patung yang berdiri di Pulau Easter. Pulau Easter adalah salah satu pulau yang paling terpencil di Bumi. Kedudukannya diLautan Pasifik bahagian selatan, 2,300 kilometer di sebelah barat pantai Chile dan 2500 batu tenggara Tahiti. Pulau terdekat adalah 1400 batu, dan pulau yang tak berpenghuni. Pulau Easter hanya 15 batu panjang dan lebar 10 batu. Namun, Pulau Easter, yang boleh dikatakan langsung tidak berpenghuni ketika ditemui pada hari Easter pada tahun1722 oleh seorang kapten Belanda, ditutupi dengan beratus-ratus patung raksasa, masing-masing beberapa beratnya beberapa tan dan ketinggian lebih dari 30meter.

The Bermuda TriangleLebih dari 1000 kapal dan pesawat telah menghilang di daerah segitiga selama lima abad terakhir.Walaupun tiada kecuaian manusia, kegagalan peralatan dan masalah teknikal atau bencana alam yang berlaku, Kapal-kapal dan kapal terbang turut lenyap.7. 

The Nazca LinesNazca Lines adalah tempat geoglyphs [ukiran, gambaran atau lukisan di tanah] paling luarbiasa di dunia. Ia terukir dipermukaan gurun pasir Pampa , sekitar 300 ratus bentuk yang terdiri dari garis-garis lurus, bentuk geometri dan gambar binatang dan burung - dan pola mereka hanya dapat kelihatan dengan jelas dari udara.

Aliens Aliens ialah makhluk yang bukan dari cakerawala kita yang tidak dapat di sahihkan oleh para penyelidik dan saintis.Sampai ketika ini ia hanya menjadi misteri tanpa adanya bukti yang jelas, kerana penampakan , penemuan yang tidak jelas dan lebih kepada golongan minoriti yang mengalaminya tetapi tidak dapat dibuktikan oleh sains.

Sphinx of Giza , EgyptDengan dimensi 65 kaki (20m) tinggi, 260 kaki (57M) panjang, dan 20 kaki (6m) lebar, Sphinx Agung Giza adalah struktur terbesar diciptakan dari sepotong batu. Ini juga merupakan identiti utama dengan budaya Mesir kuno .dan masih diselimuti misteri.

The Loch Ness MonsterThe Loch Ness adalah sebuah tasik di Scotland yangterbesar di United Kingdom. Ia terkenal dengan legenda misteri raksasa Loch Ness. Selama beratus-ratus tahun, orang telah melaporkan menangkap sekilas makhluk besar di tasik dan ada juga yang telah berkongsi gambar mereka yang mendakwa telah mengambil gambar makhluk tersebut. Raksasa ini begitu besar sehingga para saintis telah tertarik dan banyak melakukan percubaan dan datang dengan teori untuk cuba menjelaskan apa yang orang telah saksikan.

The Fountain of YouthAda kepercayaan wujudnya mata air yang dapat mengembalikan keremajaan pada sesiapa yang minum air tersebut .Ia telah diceritakan di seluruh dunia selama ribuan tahun, ia juga muncul dalam penulisan Herodotus, kisah percintaan Alexander, dan kisah Prester John. Dalam waktu yang sama,ia juga menonjol di kalangan masyarakat adat di Caribbean selama Zaman Eksplorasi, yang berbicara tentang kekuatan restoratif air di tanah mistik Bimini.

Chupacabra Ketika zaman penemuan yang sukar dibuktikan dengan jelas antarany big foot dan Loch Ness, timbullah satu haiwan baru iaitu Chupacabra sekitar tahun 1995.Anehnya ia tidak memakan mangsa contohnya kambing kebiasaannya, tetapi dengan menghisap darah.Setakat ini belum lagi terdengar ia menyerang manusia.Banyak spekulasi dinyatakan tentang rupanya Chupacabra ini.

The Ark of the CovenantThe Ark of the Covenant adalah lagenda artifak sejak 3000 tahun yang lalu dimana ia berbentuk kotak yang diperbuat dari kayu akasia, ditutupi dengan emas di dalam dan luar. Ia.a terkenal kerana kekuatan misterinya terhadap musuh-musuh Israel.Antara cerita yang diperdengarkan tentang artifak ini ialah sesiapa yang membawa ini ke dalam pertempuran maka jaminannya kemenangan dan mempunyai kuasa ajaib iaitu sesiapa yang menyentuhnya dapat membunuh sepantas bunga api.

The StonehengeStonehenge menjadi ikon terbesar rasmi pada british, melambangkan misteri, kekuatan dan daya tahan. Tujuan awal kewujudan Stonehen tidak ada fakta yang jelas, tetapi ada beberapa saintis telah berspekulasi bahwa itu adalah kuil dibuat untuk penyembahan dewa bumi purba. Ini telah disebut para astronomi untuk menandakan peristiwa penting dalam kalendar prasejarah. Ada juga mendakwa bahawa itu adalah tapak suci bagi pemakaman 'high profil' daripada masyarakat pada masa lalu. 

The Iron Pillar of DelhiPilar Besi setinggi 7,5 meter tinggi dan berat sekitar 6,5 ton, terdiri dari 98% besi tempa berkualiti tinggi.Pilar Besi Delhi adalah satu bukti tingginya tahap kemahiran yang dicapai oleh tukang besi zaman kuno India dalam mengekstraksi dan pemprosesan besi. Pilar Besi di Delhi telah menarik perhatian arkeologi dan kerana ia bertahan selama 1600 tahun. Beberapa teori yang telah diutarakan bagi menerangkan ketahanannya, antaranyai persekitaran iklim sederhana di Delhi yang mana kelembapan relatif di Delhi tidak melebihi 70% untuk tempoh masa setahun.

Stone Spheres in Costa RicaIa adalah salah satu misteri aneh dalam arkeolog dani ditemui di Delta Diquis Costa Rica. Sejak tahun 1930-an, beratus-ratus bola batu telah direkodkan, mulai dari saiz beberapa sentimeter hingga lebih dari dua meter dengan diameter.Ada yang mencapai berat 16 tan. Hampir semuanya terbuat dari granodiorit, batu, keras batuan beku. Objek ini adalah patung monolitik dibuat oleh tangan manusia.

Mothman Mothman adalah lembaga susuk seperti manusia berwarna coklat yang bersayap, bermula pada November 12, 1966 di Clendenin, West Virginia. Lima laki-laki di kawasan perkuburan sedang mempersiapkan lubang kubur untuk sebuah pemakaman, ketika itu sesuatu telah berlaku dimana kelihatan kelibat berada di pohon dan terbang di atas kepala mereka. Ini tidak seperti burung, tetapi lebih kepada orang dengan sayap. Beberapa hari kemudian, penampakan terjadi lagi, kisah ini merebak cepat seluruh wilayah.

Jersey DevilJersey Devil, adalah mitos dari New Jersey Pinelands.Ia telah menghantui New Jersey dan sekitarnya selama 260 tahun . Entiti ini telah dilihat oleh lebih daripada 2,000 saksi selama tempoh itu, tetapi banyak orang percaya bahawa Iblis Jersey adalah sebuah legenda, seekor binatang mitos, yang berasal dari cerita rakyat dari New Jersey Barrons Pine.

The Tunguska Explosion of RussiaLedakan Tunguska di Rusia terjadi sekitar 07:14 pada tarikh 30 Jun 1908. Sehingga saat ini, tiada siapa pasti apa penyebab letupan tersebut.Keadaan seperti padang jarak padang terkukur seluas 830 batu persegi dan jangkkan dalam 80 juta pokok telah musnah. Sebahagian besar percaya bahawa itu disebabkan oleh serpihan Meteoroid dan ada juga berkeras ia angakra UFO.

The Lost City of AtlantisSekitar 350 SM, Plato menulis tentang sebuah pulau indah di Lautan Atlantik yang hilang di bawah gelombang laut dalam satu hari satu malam.Selama lebih dari dua ribu tahun cerita Atlantis hanya cerita. Kemudian, pada akhir 1800-an, seorang Amerika bernama Ignatius Donnelly menjadi terpesona dengan cerita dan menulis sebuah buku berjudul Atlantis, World kuno, yang menjadi buku laris. Ignatius mempelajari sejarah banjir dari Mesir ke Mexico dan percaya bahawa Plato sedang merakam bencana alam yang sebenarnya. Sejak itu, beberapa buku telah ditulis tentang kota yang hilang.

Skru Besi Berusia 300 Juta Tahun!Skru besi ini dijumpai secara tidak sengaja oleh Dmitry Kurkov dari Russia apabila beliau tengah mencari serpihan meteorit berdekatan dengan rumahnya. Beliau mengutip sebijik batu yang telah menarik perhatiannya lalu membelek-belek batu tersebut. Beliau terkejut apabila ternampak sebijik skru lama melekat di batu tersebut lalu meminta para saintis memeriksa batu tersebut. Penemuan beliau telah menimbulkan pelbagai soalan khasnya saintis-saintis yang telah menyelidiki skru tersebut bahawa skru tersebut telah berusia 300 juta tahun! Bagaimana pada zaman tersebut mempunyai teknologi yang canggih untuk menghasilkan skru besi? Dan apakah yang dibina oleh masyarakat pada zaman tersebut menggunakan skru besi itu? Perkara ini tiada jawapannya sehingga hari ini.

Batu Bergerak SendiriSesiapa sahaja, walaupun pihak NASA jugak tak mampu menrungkai misteri batu bergerak sendiri ni. Batu bergerak bebas tanpa bantuan, tetapi tiada siapa yang pernah melihat dan merekodkan pergerakan batu tersebut menggunakan kamera. Pergerakan yang sama telah direkodkan di beberapa tempat yang lain. Walau bagaimanapun, sehingga sekarang misteri batu ini tidak dapat dirungkaikan.

Kewujudan Punca Elektrik Dikawasan Piramid Besar MexicoTeotihuacan, Mexico. Kepingan besar mika ditemui tertanam di dalam dinding bandar Mexico purba. Mica kini digunakan dalam pengeluaran tenaga elektrik. Dalam konteks ini, persoalan yang timbul ialah mengapa pembina menggunakan mineral ini di dalam bangunan-bangunan di bandar ini. Adakah arkitek zaman purba dahulu sudah mempunyai dan mengetahui teknologi untuk menghasilkan tenaga elektrik? Sehingga kini tiada jawapan yang ditemui.

Jambatan Anjing Bunuh DiriSuicide Dog Bridge di Overtown, berhampiran Milton, Dumbarton, Scotland. Dibina pada tahun 1859, jambatan berhampiran Overtown mempunyai kes-kes yang tidak dapat dijelaskan  sehingga sekarang di mana anjing yang akan melalui kawasan ini akan membunuh diri dengan melompat dari jambatan itu. Kejadian pertama kali dicatatkan pada tahun 1950-an atau 1960-an, apabila orang ramai menyedari bahawa anjing yang melalui kawasan ini akan tiba-tiba resah gelisah lalu terus melompat dan jatuh sehingga berkecai! Damn!

Loladoffa Plate "Plat Loladoffa" dijangkakan berusia 12,000 tahun ialah piring batu ditemui di Nepal. Ianya telah membuktikan bahawa Mesir bukanlah satu-satunya tempat yang dikunjungi oleh alien pada zaman purba. Bukti ini jelas menunjukkan UFO dalam bentuk piring. Terdapat juga gambar alien pada piring tersebut. Is this true?6. Bateri Lama BaghdadPada tahun 1936, saintis daripada Jerman iaitu Wilhelm Koenig, yang bekerja di Muzium Arkeologi Baghdad, membawa objek pelik yang ditemui semasa penggalian penempatan purba Parthian berhampiran Iraq. Ia adalah tanah liat mempunyai ketinggian setinggi mangkuk kecil kira-kira 15 sentimeter. Di dalamnya adalah silinder tembaga, atasnya ditutup dengan penutup besi. Dr Koenig membuat kesimpulan bahawa ia adalah satu bateri elektrik, yang dicipta hampir dua ribu tahun sebelum penemuan Galvani dan Volta. Egyptologist, Arne Eggebreht telah mencipta satu replika pasu berisi cuka wain dan diukur menggunakan alat pengukur menunjukkan voltan sebanyak 0.5 V terhasil. Adakah bateri sebenarnya sudah lama wujud sejak zaman purba lagi dan mempunyai kaitan dengan kota Atlantis yang hilang dan tenggelam?