Dulu aku perokok tegar .. dalam 2 hari je rokok suria dan malboro habis aku hisap ....
tapi bila aku dah kenal dengan gst dekat malaysia nie keatas rokok n kesan rokok yang makin menjadi jadi ,, akupun bertukar angin ke vape...
setelah aku kaji kesan diri terhadap vape aku rasa makin banyak kelebihan dari kekurangan ...
Kelebihan vape dari rokok
Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotinmenjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan e-cig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan ‘rokok’, ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak arif mengenainya. Panggilan ‘vapor’ yang bermaksud ‘wap’ adalah lebih ringan diterima masyarakat.
Sejarah
Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan kemudian senyap pada tahun 1967. Rokok elektronik yang pertama digunakan pada masa kini berasal daripada ciptaan ahli farmasi dari negara China, Hon Lik pada tahun 2003, yang mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair propylene glycol. Wap ini sebagai agen pembawa nikotin yang disedut ke dalam paru-paru dan kemudiannya masuk ke dalam aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok tanpa perlu menyedut asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya lain.



VistaVapors is the highest quality electronic cigarettes supplier.
BalasPadam